| ABOUT
HANIP AUTOMOBILES |
Hanip Automobiles is owned and run by Hanip Abdul, a dedicated and passionate automobile specialist who has years of experience in the industry. Hanip was formerly from BORNEO MOTORS where he was a diagnostic specialist, awarded CHAMPION in the INTERNATIONAL TOYOTA SKILL CONTEST, and has been sent on numerous trips to train as well as to compete in Japan. Currently, He contributes to ASK HANIP, a column in the monthly WHEELS ASIA magazine where he dispenses technical advice on automobiles. Always striving to be on the forefront of the automotive industry, Hanip Automobiles is equipped with a modern array of high tech automotive equipments like the MASTERTECH SCANTOOL, X431 LAUNCH SCANTOOL, BOSCH ACS400 and the AUTO TRANSMISSION FLUSH MACHINE. The workshop also adheres strictly to the usage of genuine parts only and has been actively involved in TOYOTA’s USE ONLY TOYOTA GENUINE PARTS campaign. Apprenticeship
at Borneo Motors 1984 Pasir Gudang Racing
Stint Awarded certificate
of excellence 1988, Borneo Motors Toyota Customer Care
National Toyota
Service Skill Contest Champion, April 1991 Instructor Course
Sept 25 - Oct 20 1995 6th National Toyota
Service Skill Contest Champion, April 1996
In-Charge of Lexus
Service Team In 1998, Hanip felt that he was ready for a bigger challenge albeit the reluctance to leave his stable post with a steady income at Borneo Motors. With the advice and blessings of his parents, Hanip ventured out and established Hanip Automobiles together with his late-father.
Over the years, Hanip Automobiles became synonymous for usage of genuine parts, quality service and professionalism while at the same time offering affordable prices. All these can be proven by the numerous awards won and the growing pool of loyal customers. As an Automotive aficionado, Hanip constantly upgrades his automotive skills and knowledge. In 2009, Hanip Automobiles relocated to AutoBay@Kaki Bukit where it aims to expand and diversify its services to other branches of the automotive industry.
[ Original Article from Berita Harian ] Pastikan Alat Ganti Tulen oleh Farid Hamzah Elak kesan sampingan ke atas kenderaan Anda yang gemar menukar ganti peralatan kereta yang tidak tulen di bengkel-bengkel yang menjanjikan harga rendah, awas. Sebabnya, kebanyakan kenderaan yang mempunyai alat ganti yang tidak tulen sering perlu kembali ke bengkel ke atas masalah lain. Pemilik bengkel Hanip Automobiles, Encik Hanip Haji Andul, 47 tahun, menganggarkan 99 peratus kenderaan yang menghadapi masalah enjin disebabkan alat ganti yang tidak tulen. "Memang alat-alat ganti yang tidak tulen ini murah harganya. Tapi anda mesti sedar kualitinya tidak terjamin. Kesan sampingannya tidak berlaku dengan segera, tapi dalam jangka panjang, macam-macam boleh berlaku." "Banyangkan kalau alat ganti itu tidak tulen, enjinnya mati di tengah-tengah kesesakan lalu lintas," katanya lagi. Pastikan alat ganti itu tulen supaya anda dapat mengelakkan daripada menghadapi masalah jangka panjang, tambah Encik Hanip. Menurutnya, kebanyakan enjin, brek dan sistem gear bagi kereta-kereta masa kini memerlukan mesin khas untuk dikenal pasti masalahnya. "Alat-alat gantinya pula dihasilkan mengikut spesifikasi enjin, brek dan sistem gear itu. "Jadi kalau dah ganti tidak tulen termasuk palam pencucuh (spark plug), penapis minyak (oil filter) dan pad brek. Biasanya jika minyak enjinnya ditukar dengan jenis yang baik, enjin kereta itu tidak akan mati mendadak," katanya lagi. Encik Hanip mula menyertai industri membaiki kereta semasa usianya 22 tahun sebagai perantis mekanik. Dan hanya sekitar 10 tahun lalu, beliau memulakan perniagaan membaiki kereta dengan membuka bengkelnya sendiri dengan modal sekitar $150,000. Sejak itu, beliau telah membelanjakan sehingga $50,000 untuk membeli peralatan canggih untuk memenuhi keperluan membaiki kereta masa kini. Kini, beliau mempunyai seramai enam pekerja di bengkelnya yang terletak di Eunos Avenue 4. Secara purata, beliau menganggarkan para pekerjanya membaiki sekitar 10 buah kereta sehari. Kos pakej khidmat menyenggara kereta yang dikenakan oleh bengkelnya ialah antara $120 dengan $300 - bergantung pada alat ganti dan jenis minyak pelincir. "Yang pasti, semua alat ganti kami adalah yang tulen - secara langsung dibeli daripada pihak ejen. Ini bermakna pemilik kereta itu tidak perlu bimbang akan sembarang kesan sampingan," katanya lagi, yang pernah mendapat latihan membaiki kereta di Jepun. Apabila ditanya pandangannya tentang kriteria seseorang yang berminat menceburi bidang mekanik, termasuk minat, mengenal pasti masalah dan membaiki masalah, beliau berkata: "Jika sudah jadi bos pun, masih perlu memeriksa dan memantau kerja-kerja di bengkel." "Ini bagi mmastikan mutu pembaikannya mematuhi piawai yang diperlukan," katanya lagi. Bengkel Hanip Automobiles terletak di Blok 1062, Eunos Avenue 4, #01-217, dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Sabtu. Ia ditutup setiap Ahad dan semasa cuti umum. BERINGAT Tidak kira apa jua suasana ekonomi, keinginan memiliki kenderaan selain melancong akan tetap wujud dalam jiwa masyarakat setempat. Dan dengan harga sijil hal milik (COE) kenderaan serta pakej-pakej pelancongan yang rendah pada masa ini, pastinya menguatkan keinginan itu. Tetapi sebagai pembeli dan sebelum membuat keputusan itu, anda perlu tahu bajet yang sebenar kerana anda tidak ingin terjerat dalam masalah hutang gara-gara berbelanja melebihi kemampuan sendiri. Jangan kerana hutang yang berlebihan semata-mata hendak memiliki kenderaan atau melancong, perbelanjaan harian rumah dan keluarga pula terjejas. Perlu ingat, ekonomi sejagat dijangka terus lembap buat tempoh yang lama. Cegah Dahulu Sebelum Kena oleh Jaz Al-Zain Sebuah kenderaan yang dijaga dengan rapi boleh mencerminkan sikap dan peribadi pemiliknya. Kereta yang enjinnya sentiasa dijaga jugak pasti tidak akan buat ragam pada detik-detik anda amat memerlukan kenderaan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, menukar kereta kepada yang lebih baru mungkin bukan pilihan yang paling baik - menjada 'kesihatan' kereta adalah langkah yang paling baik. Kata orang, sedia payung sebelum hujan. Lantas, sebelum kereta anda buat hal, lebih baik anda mengambil langkah-langkah praktikal dan mudah untuk mengelakkan daripada berlaku kerosakan program sahaja. Lagipun, menjaga kereta sebelum rosak adalah lebih murah daripada ke bengkel kenderaan untuk membaiki yang rosak. Sebenarnya, untuk menjaga kereta tidaklah sesukar yang mungkin disangkakan oleh sesetengah orang. Allahyarham bapa saya yang berpuluh tahun hanya berkerja sebagai drebar pribadi, memberi saya petua mudah menjaga kereta, iaitu pastikan minyak pelincir dan air radiator (coolant) mencukupi. Sekurang-kurangnya, periksa kedua-dua cairan ini setiap dua hari. Kalau dapat periksa setiap pagi, lebih baik. Minyak pelincir memastikan bahagian-bahagian enjin yang bergerak tidak haus atau panas akibat bergesel sesama sendiri. Kesat batang celup (dipstick) dan masukkan pada lubang minyak pelincir. Jika paasnya rendah, tambahlah. Minyak pelincir ini harus ditukar selepas sekitar 5000 kilometer perjalanan atau sekali setiap tiga bulan. Gantikan juga penapis minyak setiap kali menukar minyak pelincir. Cecair pendingin (coolant) memainkan peranan penting memastikan enjin tidak kepanasan. Kalau anda biarkan radiator kekeringan, enjin boleh kepanasan dan mati dengan tiba-tiba. Bagi sesetengah kereta, kepanasan yang keterlaluan boleh merosakkan beberapa bahagian kereta. Membaikinya menelan belanja yang amat mahal. Jadi pastikan cecair pendingin tidak kekeringan dengan memeriksa radiator setiap pagi. Periksa juga sama ada radiator bocor atau tidak. Cari bahagian yang mungkin telah berkarat, terutama pada bahagian bawah dan belakangnya. Pastikan semua saluran getah tidak bocor dan diikat pada tempatnya. Apabila menghantar untuk servis, suruh mekanik flush atau tukar cecair pendingin dalam radiator sekali gus. Bahagian lain yang perlu diberi perhatian adalah bateri. Periksa paras air bateri dan tambah dengan air bateri jika perlu. Cecair brek juga harus dipantau selalu. Tambah jika parasnya sudah menurun. Periksa cecair stereng kuasa sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Periksa agar tidak kebocoran. Apabila stereng mula terasa keras semasa membelok, ini mungkin satu tanda awal. Segera hantar ke bengkel untuk dibaiki sebelum terlambat. Selain ini, bahagian lain yang harus diperiksa atau dipantau ialah tali sawat (belts), penapis udara, saluran-saluran getah, penyerap hentakan, ekzos, tayar, fius, cecair dalam bekas untuk pembersih cermin dan pengelap. Setiap kali anda menghantar kereta untuk servis biasa, tekankan kepada mekanik bahagian yang anda rasakan perlu diperiksa, dibaiki atau diganti sahaja. Ingatlah, menjaga dan mencegah adalah lebih baik dan murah daripada membaiki yang sudah rosak. Selamat memandu. Pilihan Pemilik Hanip Auto Terbukti Terbaik Beliau sangup menolak tawaran kerja lain demi mendalami minatnya dalam budang mekanik. Ternyata semangat dan kegigihan Encik Hanip Abdul 38 tahun, membuahkan hasil apabila bengkelnya, Hanip Auto Services, dipilih sebagai bengkel kelima terbaik oleh Esso Singapore. Menyingkap minatnya dalam bidang tersebut, Encik Hanip berkata beliau mula tertarik apabila melihat ayahnya, Allahyarham Abdul Hashim, membetulkan motosikal ketika beliau berusia 12 tahun. "Bila saya dalam darjah enam, saya suka tengok cara bapa betulkan motor. Bila saya di menengah empat pula, beliau belikan saya motor dan darinyalah saya pelajari cara-cara betulkan motor." ceritanya. Sebaik sahaja menjalani Perkhidmatan Negara (NS) pada usia 21 tahun, Encik Hanip menyertai syarikat Borneo Motors sebagai tukang gris. Pada masa tu, saya tak tahu apa tugas 'greaser', atau tukang gris, kerana saya hanya ingin berada dalam syarikat tersebut, tanpa memperdulikan tugasnya. "Bapa saya marah dan kata, tak guna saya habis sekolah kalau hanya untuk jadi tukang isi minyak. Namun itu, saya ditawarkan bekerja sambilan sebagai mekanik setelah pengurus lihat saya rajin bekerja," ujar beliau, yang sudah mempunyai kelulusan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat "O" ketika itu. Pada masa itu juga, beliau mendapat tawaran pekerjaan teknisyen dari Telecom dan beberapa syarikat lain. "Saya tolak semua tawaran itu kerana minat saya tetap pada mekanik," ujar bapa kepada dua orang anak itu. Menurut beliau, yang turut melakukan khidmat mekanik secara sambilan ketika itu, berkata "Di Borneo Motors, saya hanya betulkan kereta jenis Toyota dan Lexus, tapi di luar, saya dapat betulkan pelbagai kereta lain dan ini meningkatkan kemahiran saya." Menurut Encik Hanip, beliau pernah dihantar ke Jepun, setelah menjuarai pertandingan kemahiran mekanik sebanyak dua kali. Setelah 15 tahun berkhidmat di Borneo Motors, beliau mencuba nasib membuka bengkel sendiri. Mengulas kejayaan bengkelnya itu, beliau berkata, "Isteri saya yang banyak sokong saya selama ni. Pastinya, saya akan teruskan usaha ini, kerana saya ingin buktikan bahawa anak Melayu mampu berjaya dalam perniagaan." |